Monday, March 18, 2013

Gian Ber 'contest'

Assalammualaikum...

Apa khabar cucu Pak Aji? Lama dah tak jengok blog Pak Aji ni. Sampai lupa kunci mana nak buka. Hahaha nampak jugak Pak Aji ni dah nyanyuk ye dak...

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 tahun 2013 ye. Sedar tak sedar masa  cepat bebeno berlaku. Tak sempat nak review azam tahun lepas Pak Aji. Takpelah kan.... apa pun hidup kena diteruskan seadanya.

Tahun ni Pak Aji mula gatal2 tangan nak joint contest ni. Ni gara-gara tengok cucu-cucu Pak Aji suka sangat jointlah ni. Lepas tu merungut takde satu pun yang sangkut. Takpelah cu.... tu takde rezeki namanya. Hahaha geram tengok dorang asyik membebel je tak menang2, Pak Aji pun cuba-cuba jugaklah. Kebanyakkan yang Pak Aji cuba ni yg contest dalam majalah2. Kebetulan anak dara Pak Aji suka beli majalah. Apa lagi Pak Aji belek2lah mana yang ada ruangan contest tu Pak Aji cuba masuk.

Setakat ni alhamdulillah ada jugak rezeki yang sangkut. Apa2 pun syukur untuk rezeki yang Allah bagi. Walau pun apa yang Pak Aji dapat tu Pak Aji tak boleh nak guna pun. Sekurang2nya rezeki untuk anak dara Pak Aji & Mak Andeh le kann...


Yang ni Pak Aji menang dari contest majalah. Alhamdulillah boleh ler untuk stok beberapa bulan. Jimat duit Pak Aji beli shower cream. Haaa yang ni Mak Andeh suka ler ni...


Haaa yang ni pun menang majalah jugak ni. Hehhee ni confirm anak dara Pak Aji suka ni. Bila dah start ada membuahkan hasil ni lagi ler Pak Aji gian nak ber contest bagai ni. hahahaha apa2 pun syukur Alhamdulillah :)

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalammualaikum...
Sedar tak sedar dah masuk hari kedua tahun 2012. Pak Haji harap kita semua memulakan tahun ni dengan semangat baru, azam baru dan yang pasti kita cuba menjalani hari2 mendatang supaya menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Bercerita tentang azam tahun baru, Pak Aji macam biasa asyik carry forward azam tahun lepas. Azam Pak Aji nak mengurangkan lemak2 tepi yang menempek kat perut Pak Aji ni. Itulah azam tiap2 tahun Pak Aji. Mak Andeh pun asyik menyindir2 Pak Aji je bila kata azam Pak Aji nak kempiskan perut. Ye le... perut Pak Aji sekarang dah sama macam perut Mak Andeh mengandung 5 bulan kekdahnya. Tapi bulat2 pun perut ni Mak Andeh sayangkan....

Apa pun azam kita semua, Pak Aji berharap kita akan bersungguh2 dalam mencapai apa yg diazamkan. Jangan azam tinggal azam tapi bila tahun berganti kita masih juga berada ditakuk lama. Peringatan untuk diri Pak Aji juga.

Sama2lah kita memajukan diri semoga menjadi hamba Allah yang terbaik dari tahun sebelumnya. Insya Allah.

Selamat menyambut tahun baru 2012.

Wassalam.

Tuesday, December 20, 2011

Pemasangan Tali Pinggang Belakang

Tadi Pak Aji berkunjung ke pusat service Proton nak service kereta anak Pak Aji, Sampai2 punyalah ramai orang. Rupanya mereka sibuk nak pasang tali pinggang belakang. Ishh itulah masalah masyarakat Malaysia, semua nak dibuat disaat2 akhir. Kerajaan dah bagi tempoh 3 tahun utk pemilik kenderaan Proton dan Perodua buat pemasangan. Ni dah disaat2 akhir barulah masing2 sibuk nak pergi ke pusat service nak buat pemasangan.

Kalau diikutkan pemasangan tu bukannya lama pun. Tak silap Pak Aji, pemasangan tali keledar belakang kereta hanya mengambil masa 18 minit. Bagi yang belum buat temujanji nak buat pemasangan tu boleh mendapat maklumat lanjut mengenai pemasangan tali pinggang belakang dengan menghubungi Proton di talian 03-8026 9999 atau Perodua di talian 1-800-88-600.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...