Tuesday, December 20, 2011

Pemasangan Tali Pinggang Belakang

Tadi Pak Aji berkunjung ke pusat service Proton nak service kereta anak Pak Aji, Sampai2 punyalah ramai orang. Rupanya mereka sibuk nak pasang tali pinggang belakang. Ishh itulah masalah masyarakat Malaysia, semua nak dibuat disaat2 akhir. Kerajaan dah bagi tempoh 3 tahun utk pemilik kenderaan Proton dan Perodua buat pemasangan. Ni dah disaat2 akhir barulah masing2 sibuk nak pergi ke pusat service nak buat pemasangan.

Kalau diikutkan pemasangan tu bukannya lama pun. Tak silap Pak Aji, pemasangan tali keledar belakang kereta hanya mengambil masa 18 minit. Bagi yang belum buat temujanji nak buat pemasangan tu boleh mendapat maklumat lanjut mengenai pemasangan tali pinggang belakang dengan menghubungi Proton di talian 03-8026 9999 atau Perodua di talian 1-800-88-600.

 


Friday, December 16, 2011

7 Cara Menjadi Lebih Produktif

Pejam celik pejam celik tinggal kurang lagi 2 minggu nak menganjak ke tahun baru. Pak Aji masih dalam proses mengaudit segala pencapaian yang telah Pak Aji capai untuk tahun ni. Tengok2 balik segala azam yang dibuat awal tahun hari tu. Berapa peratus yang dah tercapai dan berapa peratus yang kena bawak ke tahun hadapan :)

Sebelum 2011 melabuhkan tirai, mungkin ada beberapa tips yang Pak Aji baca dekat satu web  ni yang boleh dikongsikan bersama. Sama2 kita renungkan, mana tahu boleh diadaptasi dalam kehidupan kita untuk tahun hadapan :)


Berikut adalah 7 tips untuk menjadi lebih produktif :-

1. Memecahkan Perkara Yang Ingin Dicapai Kepada Tugasan-tugasan Kecil
Jika anda ingin membuat website syarikat, anda kemudiannya menulis ayat "Bina Website Syarikat" di atas dinding tidak akan menjadikan website anda itu siap. Sebaliknya anda seharuskan memecahkan objektif itu tadi kepada tugasan-tugasan kecil seperti merangka kandungan website, mengiklankan tugasan membuat website, menyiapkan logo syarikat, mengambil gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam website dan sebagainya. Dengan adanya tugasan-tugasan kecil ini, objektif yang ingin dicapai akan kelihatan lebih mudah dan mampu dicapai.

2. Hentikan Membuat Beberapa Kerja Dalam Satu Masa (Multi-tasking)
Ramai orang berbangga bahawa mereka mampu untuk 'multi-tasking' atau membuat beberapa kerja dalam satu masa. Namun anda sepatutnya menghentikan perkara ini. Apabila anda membuat beberapa kerja dalam satu masa, nilai IQ anda akan turun 15 mata bagi lelaki dan 5 mata bagi perempuan (lelaki adalah 3 kali lebih teruk dalam multitasking berbanding wanita). Jadi kerja yang dibuat adalah kurang berkualiti.

3. Buang atau Halang Perkara Yang Boleh Melalaikan
Apabila hendak menghabiskan sesuatu tugas, cuba tutup perkara lain yang boleh melalaikan. Contohnya, apabila anda sedang menyediakan 'sebut harga' kepada pelanggan anda, anda tidak seharusnya online di facebook pada masa yang saya. Kerja yang asalnya boleh disiapkan dalam 15 minit akan memakan masa 1 jam hasil dari perkara yang melalaikan. Cuba buat sepenuhnya satu kerja pada satu masa. Jika perlu tutup telefon dan television pada waktu anda sedang menghabiskan kerja.

4. Memeriksa dan membalas email
Elakkan melihat email setiap 5 minit. Sediakan masa 3 kali sehari untuk membaca dan membalas email.

5. Gunakan telefon
Email tidak seharusnya digunakan untuk berkomunikasi secara santai. Ia akan memakan masa yang lama. Anda boleh dengan mudah menelefon dan menghabiskan kerja yang sepatutnya ditanya dalam 5-10 email dalam masa 3 minit di telefon. Orang yang bercakap dengan anda juga, tidak ada pilihan untuk tidak menjawab soalan yang ditanya dengan terperinci.

6. Bekerja dengan Agenda dan Jadual tersendiri.
Jika anda ingat sewaktu di sekolah dahulu, semua kita mempunyai jadual. Jika tidak ada jadual, tidak mungkin cikgu mampu menghabiskan silibus setahun pengajaran tersebut. Samalah seperti dalam hidup kita kini, kita seharusnya mempunyai jadual ringkas untuk kita tidak rugikan masa. Jangan biarkan anda dalam keadaan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rancang hari anda sehari atau seminggu sebelum itu.

7. Bekerja dalam fasa 1-1.5 jam
Jika anda bekerja, pastikan anda mengambil rehat 10 minit setiap sejam atau sejam setengah. Otak memerlukan rehat sedikit. Anda tentu pernah mengalami pengalaman berada dalam bilik mesyuarat lebih dari 1.5 jam. Anda akan merasa sangat letih. Anda akan menjadi tidak produktif jika tidak mempunyai rehat. Jadi pastikan anda mempunyai 10 minit untuk pergi berjalan-jalan, minum kopi atau melihat pemandangan. Dengan adanya rehat ini, otak anda akan kembali bersedia untuk bekerja lebih keras.

10 'JANGAN' Dalam Perhubungan Cinta

Assalammualaikum...
Tadi leka membaca blog Brother Love, Pak Aji terbaca artikel dia berkenaan 10 JANGAN dalam perhubungan. Lumrah kita manusia ni, yang JANGAN tu ler selalu kita lakukan. Mungkin tanpa kita sedar sebenarnya. Andainya ia berterusan, lambat laun ia boleh merenggangkan sesebuah hubungan. Dan yang lebih parah boleh juga memutuskan sesebuah hubungan.


Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing. 

 

1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.

Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan  bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.


2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia

Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”


3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.

Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya.

4. JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat.

5. JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.

6. JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.

7. JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?

8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya,  bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan?

9. JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”.  Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak  perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

10. JANGAN menjatuhkan air mukanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.


Selamat mencuba!

Thursday, December 15, 2011

Emosi Wanita

Assalammualaikum...

Emosi wanita! Wahhh gitu! Jangan gelakkan Pak Aji tengok tajuk kat atas tu ye. Bukan apa, tadi sambil pekena teh tarik kat kedai mamak sambil belek2 akhbar arus perdana, mata Pak Aji tertarik dengan satu tulisan yang bertajuk 'Emosi Wanita'. Tulisan yang pendek dan padat. Pak Aji malas nak mengulas lanjut tajuk tu, kejap lagi nak ke masjid. Solat Jumaat dah nak masuk dah ni. Pak Aji kongsi jelah ye apa yang ditulis di akbar tu untuk bacaan semua.


Kajian dapati suri rumah juga hadapi tekanan seperti mereka yang bekerja



MENJADI suri rumah sepenuh masa, boleh memberi gambaran gaya hidup lebih sempurna dengan melakukan pelbagai tugasan tanpa halangan terutama mengurus rumah tangga seperti memasak, menjaga anak, mengemas rumah dan sebagainya.
Sejauh mana kebenaran tanggapan itu? Kajian baru mendedahkan wanita yang tidak bekerja, lebih cenderung mengalami tekanan dan lebih mudah mendapat penyakit berbanding wanita yang memiliki pekerjaan sama ada kerja sepenuh masa atau kerja sambilan.
Penyelidik dari University of North Carolina, menganalisis data selama 10 tahun, bermula 1991 ke atas 1,364 wanita berstatus ibu, selepas bersalin hingga ke tempoh satu dekad selepas itu, menerusi kaedah temubual.

Penulis, Cheryl Buehler dari University Of North Carolina di Greensboro, berkata dalam semua kes, yang mempunyai perbezaan signifikan ialah kesejahteraan ibu, termasuk konflik antara kerja dan keluarga atau keibubapaan, berbanding kerja sepenuh masa, kerja separuh masa atau langsung tidak bekerja.

Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes ibu bekerja sambilan tidak berbeza daripada ibu yang bekerja sepenuh masa.

Sebagai contoh, ibu yang bekerja separuh masa, secara keseluruhannya dilaporkan mempunyai tahap kesihatan lebih baik dan gejala kemurungan juga didapati lebih rendah berbanding ibu tidak bekerja.
Kajian turut menunjukkan, tidak ada perbezaan dilaporkan terhadap gejala kesihatan atau kemurungan antara ibu yang bekerja separuh masa dengan ibu yang bekerja sepenuh masa.

Ibu bekerja sepenuh masa dan separuh masa, bagaimanapun tidak menunjukkan signifikan perbezaan apabila masing-masing mempunyai persepsi sama iaitu sama ada pekerjaan mereka mampu menyokong kehidupan keluarga dan keupayaan diri mereka untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Analisis mendapati ibu yang bekerja separuh masa terbabit sama dalam perihal pendidikan anak, sama seperti ibu yang tidak bekerja. Malah lebih banyak terbabit, berbanding ibu yang bekerja sepenuh masa.

Di samping itu, ibu yang bekerja sambilan didapati lebih peka terhadap keperluan persekolahan anak peringkat pra-sekolah. Mereka juga didapati menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran untuk anak pada usia bayi, berbanding ibu yang bekerja sepenuh masa.

Pengarang bersama kajian itu, Prof Marion Brian, berkata, ketika krisis ekonomi, majikan cenderung mengurangkan kos operasi dengan menggajikan pekerja separuh masa kerana mereka tidak menerima faedah kesihatan, insurans, latihan dan kemajuan kerjaya berbanding menggajikan pekerja tetap yang nyata kosnya lebih tinggi.

“Saya kira sudah sampai masanya majikan berubah. Sejak kerja sambilan dilihat mampu menjana kekuatan dan kesejahteraan keluarga, selain memberi manfaat ekonomi kepada majikan, pekerja sambilan patut menerima faedah lebih baik dan sempurna sebagai penggalak untuk mereka bekerja dengan lebih tekun,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Bersawang

Assalammualaikum....

Ni dah betul2 bersawang ni blog Pak Aji. Dah 2 tahun tak jengok2. Tengok cucu2 Pak Aji sibuk berblog bagai tiba2 boleh teringat Pak Aji pun ada blog rupanya.

Hari ni tak nak membebel banyak2. Nak mengemas blog Pak Aji yang dah lama kena tinggal ni.


Wassalam
-Pak HajiSemut-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...