Monday, March 18, 2013

Gian Ber 'contest'

Assalammualaikum...

Apa khabar cucu Pak Aji? Lama dah tak jengok blog Pak Aji ni. Sampai lupa kunci mana nak buka. Hahaha nampak jugak Pak Aji ni dah nyanyuk ye dak...

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 tahun 2013 ye. Sedar tak sedar masa  cepat bebeno berlaku. Tak sempat nak review azam tahun lepas Pak Aji. Takpelah kan.... apa pun hidup kena diteruskan seadanya.

Tahun ni Pak Aji mula gatal2 tangan nak joint contest ni. Ni gara-gara tengok cucu-cucu Pak Aji suka sangat jointlah ni. Lepas tu merungut takde satu pun yang sangkut. Takpelah cu.... tu takde rezeki namanya. Hahaha geram tengok dorang asyik membebel je tak menang2, Pak Aji pun cuba-cuba jugaklah. Kebanyakkan yang Pak Aji cuba ni yg contest dalam majalah2. Kebetulan anak dara Pak Aji suka beli majalah. Apa lagi Pak Aji belek2lah mana yang ada ruangan contest tu Pak Aji cuba masuk.

Setakat ni alhamdulillah ada jugak rezeki yang sangkut. Apa2 pun syukur untuk rezeki yang Allah bagi. Walau pun apa yang Pak Aji dapat tu Pak Aji tak boleh nak guna pun. Sekurang2nya rezeki untuk anak dara Pak Aji & Mak Andeh le kann...


Yang ni Pak Aji menang dari contest majalah. Alhamdulillah boleh ler untuk stok beberapa bulan. Jimat duit Pak Aji beli shower cream. Haaa yang ni Mak Andeh suka ler ni...


Haaa yang ni pun menang majalah jugak ni. Hehhee ni confirm anak dara Pak Aji suka ni. Bila dah start ada membuahkan hasil ni lagi ler Pak Aji gian nak ber contest bagai ni. hahahaha apa2 pun syukur Alhamdulillah :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...