Saturday, March 28, 2009

sarapan pagi yang memualkan

Pagi2 lagi Pak Aji disajikan dengan sarapan pagi yang amat meloyakan. Sejak seminggu yang lepas berita arus perdana sama ada yang boleh disentuh atau yang boleh disajikan secara online semuanya membicarakan isu2 politik yang pada pemikiran Pak Aji sebagai rakyat marhain ini semakin jauh tersasar dari perjuangan asal. Sama ada kita sedar atau buat2 tidak sedar itulah hakikat yang patut kita terima. Betul agaknya bidalan orang tua2, duit itu begitu besar pengaruhnya. Yang berilmu pun boleh jadi alpa hanya kerana duit. Kita fikir2kanlah....

Minggu ini badan Pak Aji rasa agak tidak bermaya. Faktor usia mungkin.Pak Aji sudah tidak seaktif dulu lagi. Perasaan malas begitu mendominasi hidup Pak Aji sekarang. Bila perasaan malas lebih mendominasi, badan Pak Aji pun terikut2 sama jadi lemah. Jadinya, semalam seharian Pak Aji hanya duduk dirumah saja. Sepatutnya ikut perancangan banyak perkara yang ingin Pak Aji langsaikan.

Kereta Pak Aji rasanya sudah hampir 2 bulan tidak dimandikan. Cadangnya hendak ke workshop dulu untuk hantar kereta medical checkup sebelum memandikan kereta. Barang2 untuk service semua siap dibeli Jumaat yang lepas. Dek kemalasan yang bermaharajalela sampai ke hari ni niat nak service kereta tertangguh.

Hari ni apa2 jadi pun Pak Aji kena gagahkan diri jugak untuk melunaskan apa2 perancangan yang tertangguh. Terutama untuk memanjakan kereta Pak Aji ke saloon yang sepatutnya selepas menghantarnya membuat medical checkup. Boleh gitu???

Tuesday, March 24, 2009

dalam hati ada cinta

Seorang sahabat Pak Aji dibedung angin cinta. Bicaranya pusing-pusing itu saja. Tapi peliknya bila ditanya pantas dia menidakkannya.

Kenapa ya agaknya, kita sukar sekali berterus terang tentang apa yang kita rasa? Bukankah berterus terang itu lebih mudah? Kenapa ya agaknya untuk meluahkan perasaan itu menjadi sukar sekali? Kan mudah jika apa saja kita rasa dapat kita beritahu tanpa rasa curiga. Dan jika ianya ditolak kita masih mampu senyum bahagia.

Tapi perasaan kita bukan begitu. Lebih indah jika ia terpendam. Kita hanyut dalam angan-angan. Kerana jika kita meluahkan, hati kita akan berbaur curiga. Takut apa yang kita rasa tidak seiring dengan apa yang dia rasa. Dan jika ia ditolak walaupun dengan cara yang baik sekali hati kita pasti terguris, hati kita akan terhiris. Pedih sekali. Lepas tu jangan harap dengan orang tu kita boleh senyum lagi! Dan rasa cinta tiba-tiba jadi benci?

Malu sebenarnya, itulah yang telah mengungsi. Jadi kita simpan semuanya dalam hati... mungkin ada yang dibawa hingga ke mati. Jadilah cinta seusia dunia.

Selalu orang lelakilah yang dipertanggungjawapkan untuk memulakan bicara, meluah perasaan. Ada juga wanita yang cukup berani, bermuka tebal dan agak brutal memikul beban. Hasilnya tetap sama walau caranya berlainan. Tapi samakah impaknya?

Apa pendapat kalian tentang ini? Boleh kita berkongsi? Siapa nak 'approach' siapa dan bagaimanakah untuk mengawal keadaan selepas kejadiaan itu, jika seandainya cinta murni kita itu ditolak? I would like to hear from you...

Sunday, March 15, 2009

my best friend wedding


Hari ni seorang lagi sahabat baik Pak Aji akan menamatkan zaman bujangnya dengan kekasih pilihan hati. Rasa ralat sedikit kerana tidak dapat bersama untuk meraikan hari bahagianya itu. Ada halangan yang tidak dapat Pak Aji elakkan. Dari kejauhan Pak Aji hanya mampu mendoakan moga kebahagian itu terus menyirami hidup mereka suami isteri hingga ke akhir hayat.

Untuk sahabatku Pak Aji.. Selamat Pengantin Baru. Moga berbahagia hingga ke akhir hayat :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...