Thursday, December 15, 2011

Emosi Wanita

Assalammualaikum...

Emosi wanita! Wahhh gitu! Jangan gelakkan Pak Aji tengok tajuk kat atas tu ye. Bukan apa, tadi sambil pekena teh tarik kat kedai mamak sambil belek2 akhbar arus perdana, mata Pak Aji tertarik dengan satu tulisan yang bertajuk 'Emosi Wanita'. Tulisan yang pendek dan padat. Pak Aji malas nak mengulas lanjut tajuk tu, kejap lagi nak ke masjid. Solat Jumaat dah nak masuk dah ni. Pak Aji kongsi jelah ye apa yang ditulis di akbar tu untuk bacaan semua.


Kajian dapati suri rumah juga hadapi tekanan seperti mereka yang bekerja



MENJADI suri rumah sepenuh masa, boleh memberi gambaran gaya hidup lebih sempurna dengan melakukan pelbagai tugasan tanpa halangan terutama mengurus rumah tangga seperti memasak, menjaga anak, mengemas rumah dan sebagainya.
Sejauh mana kebenaran tanggapan itu? Kajian baru mendedahkan wanita yang tidak bekerja, lebih cenderung mengalami tekanan dan lebih mudah mendapat penyakit berbanding wanita yang memiliki pekerjaan sama ada kerja sepenuh masa atau kerja sambilan.
Penyelidik dari University of North Carolina, menganalisis data selama 10 tahun, bermula 1991 ke atas 1,364 wanita berstatus ibu, selepas bersalin hingga ke tempoh satu dekad selepas itu, menerusi kaedah temubual.

Penulis, Cheryl Buehler dari University Of North Carolina di Greensboro, berkata dalam semua kes, yang mempunyai perbezaan signifikan ialah kesejahteraan ibu, termasuk konflik antara kerja dan keluarga atau keibubapaan, berbanding kerja sepenuh masa, kerja separuh masa atau langsung tidak bekerja.

Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes ibu bekerja sambilan tidak berbeza daripada ibu yang bekerja sepenuh masa.

Sebagai contoh, ibu yang bekerja separuh masa, secara keseluruhannya dilaporkan mempunyai tahap kesihatan lebih baik dan gejala kemurungan juga didapati lebih rendah berbanding ibu tidak bekerja.
Kajian turut menunjukkan, tidak ada perbezaan dilaporkan terhadap gejala kesihatan atau kemurungan antara ibu yang bekerja separuh masa dengan ibu yang bekerja sepenuh masa.

Ibu bekerja sepenuh masa dan separuh masa, bagaimanapun tidak menunjukkan signifikan perbezaan apabila masing-masing mempunyai persepsi sama iaitu sama ada pekerjaan mereka mampu menyokong kehidupan keluarga dan keupayaan diri mereka untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Analisis mendapati ibu yang bekerja separuh masa terbabit sama dalam perihal pendidikan anak, sama seperti ibu yang tidak bekerja. Malah lebih banyak terbabit, berbanding ibu yang bekerja sepenuh masa.

Di samping itu, ibu yang bekerja sambilan didapati lebih peka terhadap keperluan persekolahan anak peringkat pra-sekolah. Mereka juga didapati menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran untuk anak pada usia bayi, berbanding ibu yang bekerja sepenuh masa.

Pengarang bersama kajian itu, Prof Marion Brian, berkata, ketika krisis ekonomi, majikan cenderung mengurangkan kos operasi dengan menggajikan pekerja separuh masa kerana mereka tidak menerima faedah kesihatan, insurans, latihan dan kemajuan kerjaya berbanding menggajikan pekerja tetap yang nyata kosnya lebih tinggi.

“Saya kira sudah sampai masanya majikan berubah. Sejak kerja sambilan dilihat mampu menjana kekuatan dan kesejahteraan keluarga, selain memberi manfaat ekonomi kepada majikan, pekerja sambilan patut menerima faedah lebih baik dan sempurna sebagai penggalak untuk mereka bekerja dengan lebih tekun,” katanya.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...