Tuesday, March 24, 2009

dalam hati ada cinta

Seorang sahabat Pak Aji dibedung angin cinta. Bicaranya pusing-pusing itu saja. Tapi peliknya bila ditanya pantas dia menidakkannya.

Kenapa ya agaknya, kita sukar sekali berterus terang tentang apa yang kita rasa? Bukankah berterus terang itu lebih mudah? Kenapa ya agaknya untuk meluahkan perasaan itu menjadi sukar sekali? Kan mudah jika apa saja kita rasa dapat kita beritahu tanpa rasa curiga. Dan jika ianya ditolak kita masih mampu senyum bahagia.

Tapi perasaan kita bukan begitu. Lebih indah jika ia terpendam. Kita hanyut dalam angan-angan. Kerana jika kita meluahkan, hati kita akan berbaur curiga. Takut apa yang kita rasa tidak seiring dengan apa yang dia rasa. Dan jika ia ditolak walaupun dengan cara yang baik sekali hati kita pasti terguris, hati kita akan terhiris. Pedih sekali. Lepas tu jangan harap dengan orang tu kita boleh senyum lagi! Dan rasa cinta tiba-tiba jadi benci?

Malu sebenarnya, itulah yang telah mengungsi. Jadi kita simpan semuanya dalam hati... mungkin ada yang dibawa hingga ke mati. Jadilah cinta seusia dunia.

Selalu orang lelakilah yang dipertanggungjawapkan untuk memulakan bicara, meluah perasaan. Ada juga wanita yang cukup berani, bermuka tebal dan agak brutal memikul beban. Hasilnya tetap sama walau caranya berlainan. Tapi samakah impaknya?

Apa pendapat kalian tentang ini? Boleh kita berkongsi? Siapa nak 'approach' siapa dan bagaimanakah untuk mengawal keadaan selepas kejadiaan itu, jika seandainya cinta murni kita itu ditolak? I would like to hear from you...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...